Home » » Konsert 2 Dekad Slam Kembali Terjalin Bersama Dms 360

Konsert 2 Dekad Slam Kembali Terjalin Bersama Dms 360

Written By kelantan post on Sunday, 14 August 2016 | 20:35


DMS 360 yang diasaskan oleh Dato'Seri Dr Muhammad Shah dan amat terkenal sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit di Malaysia, Singapura,Thailand, China, Taiwan dan Hong Kong, dengan bangganya membawakan persembahan sebuah kumpulan lagenda yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, iaitu kumpulan SLAM pada hari sabtu 3 September 2016 akan datang


Konsert  bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 12.30 tengah malam itu yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor adalah sempena meraikan ulang tahun SLAM selama dua dekad dalam industri hiburan tanah air.


Konsert yang dinamakan sebagai DUA DEKAD SLAM KEMBALI TERJALIN BERSAMA DMS 360 adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat SLAM yang sentiasa menyokong perjalanan seni kumpulan ini. Manakala DMS 360 selaku penganjur merupakan pengeluar produk  kecantikan dan penjagaan kulit tanpa bahan kimia yang telah pun mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual dari harga RM73 sehingga lah ke RM353..Bagi mereka yg berada di Kelantan, anda boleh hubungi talian 0145097444 (Cik Nor) & 0148062444 (Aizudin) untuk tempahan.


Sebuah motosikal skuter Modenas sumbangan DMS360 bakal dimenangi sebagai hadiah cabutan nombor bertuah bagi mereka yang bernasib baik. Jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai ramai.

powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger