Home » » Pian Kpop & Ijoy Mushiro, artis viral kebanggaan rakyat Kelantan

Pian Kpop & Ijoy Mushiro, artis viral kebanggaan rakyat Kelantan

Written By kelantan post on Monday, 13 June 2016 | 14:16


Jalan cerita mereka hampir sama. Asal pun dari negeri yang sama iaitu Kelantan cuma kampung jer lain-lain. Pian Kpop berasal dari Pasir Mas manakala Ijoy Mushiro dari Kuala Krai. Kini kedua-duanya dah mencapai populariti setanding dengan artis-artis terkenal walaupun mereka bukan artis.


Bermula dari suka-suka buat status bangang di FaceBook, diikuti dengan video-video yang macam minta penampar. Mereka dikecam hebat, dimaki, dihina dan booo tapi mereka tidak pernah kisah. Mereka cool jer dan akhirnya kesabaran mereka berbaloi apabila mereka jadi viral dan dikenali ramai. Kemana pergi sentiasa menjadi perhatian ramai.


Walaupun ramai yang kata mereka bodoh dengan membuat status dan video-video yang seaakan memperbodohkan diri. Tapi bagi penulis, merekalah yang paling cerdik. Kerana mereka berusaha mengfamouskan diri mereka dengan cara yang tersendiri dan akhirnya mereka popular. Dan mereka mengambil kesempatan diatas kepopularan mereka dengan meraih pendapatan.

Betul, bila dah popular, pastinya ramai yang tertarik untuk menggunakan khidmat mereka untuk melariskankan produk masing-masing. Secara tak langsung membuatkan mereka semakin popular dan poket pun semakin penuh.


Sebagai contoh Ijoy Mushiro. banyak menerima tempahan untuk mereviewkan produk-produk pakaian dan kemuncaknya Dato' Aliff Syukri (pemilik dan pengasas produk kecantikan D'Herbs) mengambil beliau sebagai pelakon dalam iklan untuk mempromosikan produk D'Herbs.


Begitu juga dengan Pian Kpop, tawaran demi tawaran mereviewkan berbagai produk diterima. Dari produk makanan, produk kecantikan, produk pakaian, hinggalah menjadi pelakon untuk iklan kedai makan dan kedai pakaian, Terkini menjadi pelakon untuk filem pendek keluaran PKM Solution.

Seruan penulis kepada semua, jangan dikecam mereka. Sebaliknya berilah sokongan kerana mereka adalah insan yang berbakat. Biarlah mereka berkarya dengan cara mereka sendiri. Dan jangan terkejut disuatu hari nanti, mereka berada sebaris dengan artis-artis lawak terkenal dari Kelantan seperti Sabri Yunus dan Isey Titan.

powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger