Home » » Pian Kpop artis dalam pembikinan

Pian Kpop artis dalam pembikinan

Written By kelantan post on Wednesday, 8 June 2016 | 14:56


Pian Kpop satu nama yang sedang viral sekarang ini di media sosial dgn rakaman video-video lawaknya yang kadangkala amat keterlaluan membuatkan nitizen menyampah dengan lawaknya yang seaakan-akan memperbodohkan diri sendiri. Tak kurang juga ada yang cuba mempertahankannya dgn kata-kata biarlah dia berkarya dan dia tak kacau sesiapa pun.

video
klik untuk menonton video pian tertipu dgn awek

Biar apa pun pandangan orang, pemilik nama asal Sufian Muhammad yang merupakan anak kelahiran Lati, Pasir Mas Kelantan ini tidak pernah marah dan melenting dgn segala komen-komen  negetif yang berupa hinaan dan cacian dari nitizen. Apa yg penting dia terus berusaha untuk menunjuk bakat lawaknya dengan cara yang tersendiri demi satu kepuasan dan suka-suka sambil berhibur.


Bermula dari facebook, sejak tahun 2013 dgn id abemat berry. Dan namanya mula meningkat naik setelah  menyertai grup facebook IRDK (kelantan) menggunakan nama Sufian Muhammad dan Pakdo Rolir. Dengan nama sufian Muahammad dia berkongsikan video-video lawaknya di IRDK (kelantan), sebaliknya dengan nama samaran Pakdo Rolir dia berkongsi ilmu-ilmu perbomohan yang apa-apa entah.


Hari demi hari videonya lawaknya yang dirakam oleh kawab baiknya Mat Yusuh dikongsikan oleh ratusan hingga keribuan pengguna facebook termasuk artis terkenal, membuatkan namanya terus melonjak dan dikenali ramai keseluruh Malaysia. Peminatnya semakin hari semakin bertambah.


Bermula dari itu, rutin kehidupan Pian Kpop mulai berubah. Dari seorang jejaka kampung yang tiada siapa yang merperdulikannya, kini tempahan untuk review produk daripada orang perseorangan. kedai dan juga syarikat mula membanjiri. Secara tak langsung menjadi pendapatan sampingannya.


Mana-mana beliau pergi terus diburu peminat terutamanya gadis-gadis cantik yang ingin bergambar sebagai kenangan, Jemputan sana sini hingga kadang2 membuatkan dia tidak terlayan. Orang-orang yang dulu membencinya kini mula meminatinya secara diam-diam.


Dan sehingga rencana ini ditulis, beliau kini sudah pun disunting sebagai pelakon video terbitan PKM Solutions. Semoga suatu hari nanti cita-cita Pian Kpop untuk menjadi seorang artis  terkenal tercapai dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan.

video
klik untuk menonton video pian keluaran pkm yg bertajuk sado


powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger