Home » » Peserta Kelantan, Fatin juara clever girl pertama

Peserta Kelantan, Fatin juara clever girl pertama

Written By kelantan post on Monday, 23 May 2016 | 12:25



Peserta dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin muncul juara edisi pertama program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) terbitan TV3, malam tadi.

Fatin yang mengenepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor; Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang ) dan Lam Wai Chuin (Perak) membolot wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Arina yang diumumkan naib juara menerima wang tunai RM10,000. Hadiah disampaikan pengacara CGM Alif Satar.

Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.

Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.


Biodata

Nama Penuh: Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha
Nama Panggilan: Fatin
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, International Islamic University Malaysia
Wakil Negeri: Kelantan

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger