Home » » Akim & The Majistret juara Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30)

Akim & The Majistret juara Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30)

Written By Irdk Tv on Monday, 25 January 2016 | 00:38


Lagu Potret yang dinyanyikan oleh Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut sekaligus membolehkan komposer dan pencipta liriknya, Hang Nadim dan Kamar Empayar membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Sebelum itu, Akim & The Majistret menerima anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi.

Lagu Assalamualaikum ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir pula meraih kedudukan naib juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM35,000 dan trofi.

Sementara itu, lagu Hanya Namamu nyanyian Caliph Buskers yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim selesa di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, penyanyi Dayang Nurfaizah menepati ramalan melalui lagu Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cindai ciptaan Suhaimi Mohd. Zain nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang pernah menjuarai AJL 1998 diberi penghargaan Anugerah Qu Puteh.

Antara barisan juri profesional yang mengadili majlis berprestij tersebut adalah Fauzi Marzuki, Azmeer, Manan Ngah dan Joe Flizzow.

Mengangkat tema 'Tiga Dekad Mencipta Fenomena', AJL30 diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Yasin

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger