Home » » Zizan buka kedai serbaneka 24 jam

Zizan buka kedai serbaneka 24 jam

Written By kelantan post on Tuesday, 18 August 2015 | 18:53


Pelawak, pengacara dan pelakon Zizan Razak menjadi artis pertama di negara ini membuka rangkaian kedai serbaneka 24 jam.

Selebriti itu menerusi syarikat miliknya, Zizan Group Sdn Bhd melancarkan pembukaan kedai serbaneka sulungnya, Zizan Mart di Wakaf Che Yeh, di sini, hari ini.

Zizan, 31, berkata perniagaan itu impian yang menjadi kenyataan dan merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara pada masa depan.

"Saya memilih Kelantan kerana penduduknya pandai berniaga. Membuka kedai serbaneka adalah impian saya dan hari ini saya berjaya merealisasikan cita-cita itu," katanya.


Menurut Zizan, harga barangan yang dijual berpatutan dan dia menyimpan hasrat untuk menjadi peniaga kedai serbaneka Bumiputera termaju di negara ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger