Home » » Pesawat Malaysia MH17 ditembak jatuh

Pesawat Malaysia MH17 ditembak jatuh

Written By kelantan post on Friday, 18 July 2014 | 10:26


KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Menurut sumber lain, pesawat itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai laporan berkenaan walaupun pegawai Russia berkata, penduduk tempatan menjumpai bangkai pesawat.

Gerashchenko dipetik sebagai berkata: "Sebuah pesawat awam yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh oleh sistem anti-pesawat Buk280. Penumpang dan 15 kru terbunuh." - Reuters

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger