Home » » Bojan dilantik pengurus JDT

Bojan dilantik pengurus JDT

Written By kelantan post on Wednesday, 26 February 2014 | 10:00


TEKA teki mengenai kehadiran bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak di Padang Seri Gelam Johor Bharu semalam akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai pasukan Harimau Selatan itu sebagai pengurus.

Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan pelantikan Bojan sebagai Pengurus Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Cesar Ferrando Jimenez pula dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Bojan bagi membantu Jimenez memberikan informasi  pasukan dan pemain-pemain pihak lawan di mana Cesar Jimenez akan terus menggalas tanggungjawab menyusun taktikal pasukan, falsafah permainan, pembangunan bola sepak dan lain-lain buat pasukan JDT.

"Pengalaman luas Bojan dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan tempatan sehingga berjaya menjuarai beberapa piala sebelum ini pasti dapat membantu Jimenez dari segi informasi.

"Dan pemahaman beliau mengenai bola sepak Malaysia lantas membolehkan beliau mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman di Eropah ke dalam kancah bola sepak Malaysia.

"Kami percaya gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini pasti akan memberi persaingan lebih sengit di dalam arena bola sepak Malaysia dan semestinya Harimau Selatan akan kembali dengan taring yang lebih terasah," katanya.

Sementara itu, Bojan mahupun Jimenez masing-masing melahirkan perasaan teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan persatuan itu.

"Kami berdua sangat teruja dengan perkembangan terbaru ini dan seterusnya akan bekerja keras bagi meletakkan PBNJ ke satu tahap yang lebih tinggi.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger