Home » » ‘The Rock’ pelakon paling kaya

‘The Rock’ pelakon paling kaya

Written By kelantan post on Thursday, 19 December 2013 | 19:11


Tahun ini nampaknya merupakan tahun bertuah bagi bekas ahli WWF, The Rock. Daripada seorang ahli gusti, kini The Rock merupakan salah seorang pelakon aksi lasak yang menerima bayaran tertinggi di pasaran.

Menurut majalah Forbes, The Rock atau nama sebenar, Dwayne Johnson merupakan pelakon dengan sumber pendapatan paling tinggi bagi tahun 2013.

Filem-filem lakonan The Rock seperti Snitch, G.I Joe: Retaliation, Pain & Gain dan Fast & Furious 6 mencapai USD1.3 bilion dalam jualan tiket. Ini belum kira filem Empire State, lakonan The Rock bersama Liam Hemsworth dan Emma Roberts.

Juara senarai ini pada tahun 2012, Robert Downey Jr menduduki tempat kedua, dengan jumlah pendapatan USD1.2 bilion.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger