Home » » Senarai 10 orang pemain bolasepak dunia yang kuat merokok

Senarai 10 orang pemain bolasepak dunia yang kuat merokok

Written By kelantan post on Sunday, 29 December 2013 | 08:33


Perkara yang menjadi pantang bagi pemain bola sepak adalah merokok. Merokok pastinya akan membuat nafas semakin sesak dan cepat letih. Walaupun demikian tidak masaaalah bagi 10 pemain bola sepak tersohor ini yang juga dikenali sebagai perokok tegar.

Penyerang Manchester United Wayne Rooney. Pernah gambar dia sedang menyalakan rokok telah dapat dirakam oleh jurugambar. Walaupun demikian fizikal pemain berusia 28 tahun itu kelihatan tetap kelihatan kuat di atas padang.

Selain Rooney, pemain  AC Milan, Mario Balotelli. Bukan hanya sekali, namun pemain berusia 23 tahun itu telah berkali-kali gambarnya sedang merokok dirakam oleh jurugambar .

Legenda Perancis, penjaga gol Fabien Barthez juga kuat merokok. Bekas penjaga gol Manchester United ini dipercayai dapat menghabiskan sebungkus setengah rokok dalam sehari.

"Saya tahu Fabien merokok. Dia  fikir saya tidak tahu, padahal saya memang berul-betul tahu," kata Sir Alex Ferguson.

Yang mengejutkan ialah legenda bola sepak dunia Zinadine Zidane. Pemain yang mempunyai skil yang sangat hebat itu sering merokok sebelum perlawanan.

Berikut 10 pemain bola sepak dunia yang kuat merokok :

1. Socrates (Brazil, 1974-2004): dua bungkus sehari

2. Gianluca Vialli (Itali, 1980-199?): Merokok hingga di tepi padang.

3. Johan Cruijff (Belanda, 1964-1984): 20 batang rokok sehari

4. Robert Prosinecki (Croatia, 1986-2004): 40 batang rokok sehari

5. Fabien Barthez (Perancis, 1990-2007): dua bungkus sehari

6. Zinedine Zidane (Perancis, 1989-2006): satu setengah bungkus sehari

7. Osvaldo Ardiles (Argentina, 1973-1991): 40 batang rokok sehari

8. Dimitar Berbatov (Bulgaria, 1998-sekarang): 2 bungkus sehari

9. Wayne Rooney (Inggeris, 2002-sekarang): dua bungkus sehari

10. Mario Balotelli (Itali, 2006-sekarang): dua bungkus sehari

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger