Home » » Remaja perempuan 16 tahun ditemui tergantung

Remaja perempuan 16 tahun ditemui tergantung

Written By kelantan post on Wednesday, 4 December 2013 | 12:34


SEREMBAN – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik air di rumahnya dekat Taman Rasah Jaya Fasa 2, di sini, semalam. (gambar hiasan)

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Deshalini ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan kain sari oleh ibunya yang ketika itu baru pulang dari pasar.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut apabila melihat anak bongsunya mati dalam keadaan tergantung.

“Saya sedih melihat anak pergi dalam keadaan sebegitu rupa. Semasa saya keluar dari rumah pagi tadi untuk ke pasar, saya tidak merasakan apa-apa sesuatu yang pelik akan berlaku.

“Bagaimanapun, apabila saya pulang sahaja ke rumah daripada pasar, saya mencari anak saya dan terkejut dia sudah tiada,” katanya.

Menurut ibu kepada tiga orang anak itu, anak bongsunya itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah dan seorang anak yang baik serta mendengar kata.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Baharudin Mustafa mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger