Home » » Projek GomoFM Unplugged selesai, KD

Projek GomoFM Unplugged selesai, KD

Written By kubigomofm on Friday, 27 December 2013 | 11:21


Berikut adalah tulisan Khairul Daniel yang di petik dari dari blog beliau http://khairuldanielofgomo.blogspot.com

Assalammualaikum...

Maaflah sekiranya telah lama tidak mengemaskini blog ini. Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini atas sebab kesihatan yang tidak menentu. Lebih-lebih lagi banyak projek yang melibatkan Band Reasonation yang baru sahaja memulakan proses penyusunan lagu.

GOMOFM Unplugged

Untuk projek ini, saya telah menyiapkan 3 buah lagu dan 2 buah lagu ciptaan Bro Isman juga dimasukkan ke dalam projek ini. Antara lagu-lagu yang dimasukkan ialah Sesepi Rindu (Gubahan Semula), Mencari Hati, dan Erti Sebuah Rindu. Dua buah lagu Bro Isman ialah Aleya dan Garapan Hati (Lirik diubah semula mengikut nada lagu. Projek ini telah tamat pencariannya pada 25 Disember 2013.

2 buah lagu yang sedang diolah untuk nyanyian DJ Gomo dan 1 buah lagi akan mendapat khidmat dari Nai Oneband (Gitaris OneBand dulu) dan sekarang Nai OneBand sedang menciptanya.


BEREHAT DARI MENDJ

Secara rasminya, aku akan berehat dari mendj dalam ruangan GomoFM seperti mana dalam wall fb milik aku (Khairul Daniel). Mungkin ramai yang tidak mengetahui sebab dan munasebab yang mana aku sendiri yang mengetahuinya.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan aku berehat dari mendj ialah:
 1. Faktor Kesihatan - akan menjalani rawatan dan pembedahan jantung akibat eksiden pada tahun 2009 dan 2011.
 2. Rakaman Album bagi band Reasonation sudah bermula.

MENAFIKAN

Mungkin, ramai yang menyangka post wall fb aku itu adalah disebabkan oleh aku merupakan penyebab putusnya perhubungan antara dua insan sejoli yang sedang diperkatakan. Maaflah, aku bukan jenis yang suka merosakan hubungan kasih kekasih ni. Aku menafikan sekeras-kerasnya mengenai perkara ini. Keputusan muktamad aku adalah tepat dan tidak boleh diubah untuk berehat dari mendj dalam GomoFM bagi satu tempoh. Tekanan demi tekanan yang aku hadapi, dari masalah peribadi sampailah masalah keluarga aku.

KEMBALI

Inshaa Allah, aku akan kembali mendj semula nanti. Cuma, mengikut masa yang aku ambil untuk menyelesaikannya.


kd ~ sedang menggarap sebuah kisah dalam  filem - SESEPI RINDU:RINDU BERTAUT

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger