Home » » Lelaki alami gangguan mental maut dibelasah jiran

Lelaki alami gangguan mental maut dibelasah jiran

Written By kelantan post on Monday, 30 December 2013 | 20:39


BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang mengalami masalah gangguan mental mati selepas dibelasah jiran-jirannya di Guar Jering di sini Ahad malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa dikenali sebagai Zambri Yeop, 44, yang bekerja membersih ayam di sebuah pasar, mati ditempat kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian pukul 10.30 malam itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa bertindak mengejar beberapa jirannya dengan kayu dan memukul mereka. Ekoran itu, tiga daripada mereka bertindak mempertahankan diri dengan menyerangnya semula dan memukul mangsa hingga mati.

"Sebaik menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, mereka meninggalkannya di tempat kejadian, tidak jauh daripada rumah mangsa," katanya.

Mazlan berkata beberapa penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis.

Beliau berkata polis telah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di sekitar Kubang Semang.

Katanya mereka yang berusia 19 hingga 26 tahun kini direman selama tujuh hari.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger