Home » » JDT tidak perlu anugerah dari badan yang tidak kosisten - TMJ

JDT tidak perlu anugerah dari badan yang tidak kosisten - TMJ

Written By kelantan post on Monday, 2 December 2013 | 09:57


"Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor."

 "Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini. Kepada para penyokong Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah negara."

"Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita pada perlawanan Harimau Muda vs. JDT II yang lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun. Terdapat juga pengunjung lain daripada Rusia, Indonesia, Filipina, Australia, Argentina, Sepanyol, Ireland, Great Britain, Belanda, Perancis, Jerman, Arab Saudi, Taiwan, Afrika Selatan, China, Korea Selatan, Norway, Qatar, Mesir, Thailand, Switzerland, Vietnam, Uruguay, Denmark, Brazil, Kuwait, Belgium, Greece, Mexico, New Zealand dan Poland."

"Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan daripada sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak Chelsea."

"JDT dan JDT II juga merupakan pasukan pertama dalam negara ini, selain pasukan kebangsaan, yang ditaja oleh Nike."

"Semua ini sedang dilaksanakan dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor. Kepada Allah Kita Berserah. As-salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."

-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger