Home » » Geng Gomo Fm berkampung di Melaka

Geng Gomo Fm berkampung di Melaka

Written By kubigomofm on Saturday, 7 December 2013 | 01:52


Nampaknya kali ini geng Gomo fm tidak mahu melepaskan peluang untuk berkunjung ke Melaka sempena musim cuti sekolah ini. Bermula pagi jumaat 6hb disember 2013, geng gomo fm zon timur terdiri dari Kubi, Pinki, Nana dan Bomi bertolak ke Melaka melalui Gua Musang.

Mereka sampai di Kg Gelam Tanjung Keling lebih kurang pukul 9.30 malam tadi dan disambut dengan penuh kemesraan oleh Cenderawaseh. Sementara esok, dijangka geng Gomo fm zon tengah terdiri dari Khairul, Nyzel, Mia dan Fatihah pula akan menyusul.

Disamping bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim sesama geng gomo fm serta melawat tempat - tempat menarik disini, mereka juga akan turut sama memeriahkan majlis kenduri kahwin Lensa yang bakal berlangsung di Kg Telok Gong pada 8hb disember 2013 nanti. Lensa merupakan adik kepada Zara dan pernah menjadi salah seorang penyampai radio di Gomo fm tidak lama dulu.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger