Home » » Didakwa rogol gadis bawah umur

Didakwa rogol gadis bawah umur

Written By kelantan post on Sunday, 1 December 2013 | 09:15


KUANTAN – Seorang pembantu kedai restoran di ibu negara, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, kelmarin atas dakwaan merogol seorang gadis bawah umur, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Muhammad Shafiq Basiar, 20, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan merogol mangsa, yang pada ketika kejadian berusia 15 tahun di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Pahlawan, Kota Perdana, Paloh Hinai, Pekan, pada 15 Disember 2008 lebih kurang 12.30 tengah malam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Walaupun pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan memandangkan kes tersebut terlalu serius namun hakim berpendapat mahkamah masih boleh mengenakan budi bicara.

Selepas pengakuan direkodkan, Zainal menetapkan 10 Januari depan tarikh sebutan semula kes.(gambar hiasan)

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger