Home » » Banjir Di 3 Negeri Semakin Buruk

Banjir Di 3 Negeri Semakin Buruk

Written By kelantan post on Wednesday, 4 December 2013 | 08:07


Situasi banjir di tiga negeri semakin buruk apabila mangsa yang dipindahkan sehingga tengahari tadi meningkat melebihi 10 ribu orang.

Sehingga jam 1 tengahari tadi, Pahang paling teruk dengan hampir enam ribu mangsa di empat daerah dipindahkan ke 50 pusat pemindahan.

Kuantan paling teruk apabila hampir separuh bandar itu lumpuh.

Di Kuantan, lebih 2,600 mangsa diarah berpindah selepas kampung dan beberapa taman perumahan dinaiki air sedalam satu meter.

Kerja-kerja pemindahan dilakukan oleh pasukan penyelamat yang disertai bomba dan penyelamat, polis dan pasukan Jabatan Pertahanan Awam.

Semua mangsa dari 18 buah kampung sekitar Kuantan kini ditempatkan di 24 pusat pemindahan.

Beberapa jalan utama di bandar itu ditutup kepada semua lalulintas termasuklah di kilometer 28 Jalan Kuantan - Sungai Lembing, Batu 3 Kuantan-Gambang dan persimpangan hadapan Wisma Belia, Indera Mahkota.

Di Rompin, 2,500 mangsa dari 23 kampung diarah berpindah ke 13 pusat pemindahan sejak tengah malam tadi.

Di Maran, 633 mangsa dari sembilan buah kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan manakala di Pekan, 341 mangsa dari enam buah kampung kini ditempatkan di enam pusat pemindahan.

Hubungan Kuantan-Segamat terputus apabila jalan di kilometer 72, runtuh.

Turut terputus hubungan Kuantan - Jerangau, Terengganu apabila jalan di kilometer 45 dilimpahi air manakala jalan Pekan ke Nenasi ditutup pagi tadi kepada semua lalulintas apabila kilometer 16 dinaiki air sedalam satu meter.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger