Home » » Amaran Hujan Lebat - Jabatan Meteorologi Malaysia

Amaran Hujan Lebat - Jabatan Meteorologi Malaysia

Written By kelantan post on Wednesday, 4 December 2013 | 08:47


Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Jingga)


Dikeluarkan pada: 06:12am pada 04 Disember 2013


SEKSYEN A: AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 3:35 petang pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Disember 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B: NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

I) Dikemaskini pada : 3:35 petang pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Pahang (Daerah Jerantut dan Maran) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu) dijangka berterusan sehingga Rabu, 4 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

II) Dikeluarkan pada : 3:35 petang pada 3 Disember 2013

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok), Kedah (Daerah Sik, Baling dan Padang Terap) dan Perak (Daerah Hulu Perak) mulai Rabu, 4 Disember 2013 sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 6:12 pagi pada 4 Disember 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri N. Sembilan (Daerah Port Dickson), Melaka dan Johor (Daerah Ledang, Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulaijaya dan Pontian) dijangka berterusan sehingga tengah hari, Rabu 4 Disember 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol, Tampin dan Rembau) dan Johor (Daerah Segamat, Kluang dan Mersing).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger