Home » » “Villa berhantu” di Johor Bahru jadi perbincangan hangat pengguna Internet

“Villa berhantu” di Johor Bahru jadi perbincangan hangat pengguna Internet

Written By kelantan post on Monday, 18 November 2013 | 23:07


Khabar angin mengenai 23 remaja yang hilang di sebuah vila lama dekat Danga Bay Johor Bahru semalam menjadi perbincangan hangat rata-rata pengguna laman sosial Facebook hari ini.

Di laman sosial Twitter, berita mengenai villa berhantu tersebut atau lebih dikenali sebagai Villa Nabila menjadi "trending" sejak dari semalam hingga ke hari ini.

Rata-rata pengguna Internet berkongsi kisah dan maklumat mengenai Villa Nabila yang tersenarai antara lima tempat paling menyeramkan di Malaysia oleh portal pelancongan Amerika Syarikat, Expedia.

Biarpun perkara mengenai kehilangan 23 remaja yang hilang dalam villa tersebut dinafikan polis, dan polis mengumumkan hanya mendapat hanya satu laporan kehilangan, namun pengguna Internet percaya perkara sebenar cuba disembunyikan pihak berkuasa.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger