Home » » Rumah musnah terbakar di Jalan Sultan Ibrahim

Rumah musnah terbakar di Jalan Sultan Ibrahim

Written By kubigomofm on Monday, 18 November 2013 | 08:27


KOTA BHARU - Sebuah rumah tiga pintu berhampiran kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Bharu di Jalan Sultan Ibrahim di sini, musnah dalam kebakaran, kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Dipercayai semasa kejadian, pemiliknya tiada di rumahnya dan hanya tinggal dua keluarga penghuni yang menyewa berhampiran rumah terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Tuan Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.04 malam dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Empat jentera dihantar ke tempat kejadian iaitu tiga dari Kota Bharu dan satu dari Darul Naim, dengan kekuatan 43 anggota termasuk bantuan bomba sukarela bersama kenderaan utiliti.

“Kita sedaya upaya cuba memadam kebakaran memandangkan api telah merebak hampir 80 peratus di kawasan rumah separa kayu dan batu itu," katanya

Bagaimanapun katanya, api dapat dikawal kira-kira jam 10.19 malam, namun barangan dalam rumah gagal diselamatkan.

Tuan Zaini berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan punca kejadian dan jumlah kerugian.

sinar

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger