Home » » Polis masih siasat kematian kanak kanak mempunyai kesan dera di Jerteh

Polis masih siasat kematian kanak kanak mempunyai kesan dera di Jerteh

Written By kelantan post on Sunday, 17 November 2013 | 01:55


Polis masih menjalankan siasatan atas kematian seorang kanak-kanak berumur tiga tahun dari Kampung Seberang Jerteh Terengganu yang mempunyai beberapa kesan luka dan lebam di bahagian kepala dan badan.

Kanak-kanak terbabit dilaporkan mengalami kesan tersebut di dahi, pipi, dibawah kelopak mata dan belakang badan ketika dihantar ke Hospital Besut oleh Ambulan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira jam 8.00 malam tadi.

Pemeriksaan terhadap mangsa mendorong hospital itu membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria dalam satu kenyataan media hari ini berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan khidmat pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger