Home » » Komen Dato Siti Norhaliza terhadap KJ mendapat respon dari peminat bola sepak

Komen Dato Siti Norhaliza terhadap KJ mendapat respon dari peminat bola sepak

Written By kubigomofm on Thursday, 14 November 2013 | 20:22


NAMA Datuk Siti Nurhaliza tiba-tiba dikaitkan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Dek kenyataan Khairy yang disifatkan kurang manis oleh penyanyi nombor satu Malaysia itu, Siti menegur Khairy di laman mikro Twitter nya.

Status tersebut menerima pelbagai maklum balas dan tidak kurang juga yang mengkritik Siti kerana masuk campur urusan bola sepak negara termasuknya ialah salah seorangnya pemilik FB menggunakan nama Mora Kizr.

"Walaupun Dato Siti ni antara artis yg ambo suka n minat,tp utk isu ni ambo x setuju dgn dato siti....maaflah ye.... Dato siti dibidang yg jauh berbeza n pasti x memahami realiti yg terjadi dlm bolasepak skrng dgn apa yg FAM lakukan.

Harus difahami,seorang yg profesional x boleh membawa autoriti keistimewaannya sprti pangkat diraja,tua atau muda,miskin atau kaya didalam jawatannya yg bersifat umum sprti presiden FAM... Bila dibidang dan kuasa yg ada,segala autoriti istana harus dibuang dahulu.

Mgkin dato siti x memahami atau mengetahui yg betapa FAM itu sombong,angkuh,bodoh x boleh diajar... Peminat tegur FAM buat bodoh langsung x pandang.... Bekas pemain jurulatih tegur FAM melenting.... Media tegur FAM kata putar belit media... Ahli FAM tegur kena gantung/denda atau buang... Menteri tegur FAM merajuk bagai pulak... Apa lg cara mahu majukan bolasepak selain kepimpinan skrng harus berubah atau diubah..????? APA LAGI FAM MAHU..????"

Itulah luahan beliau terhadap penyanyi yg diminatinya itu.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger