Home » » Dua tukang urut Vietnam dicekup berbogel

Dua tukang urut Vietnam dicekup berbogel

Written By kubigomofm on Wednesday, 27 November 2013 | 08:36


KUALA LUMPUR – Dua tukang urut wanita warga Vietnam dicekup dalam keadaan berbogel ketika sedang asyik melayan pelanggan di sebuah premis pusat urut, dekat Kepong, semalam.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Putrajaya, Mohd Izzat Mohd Jamil berkata, dalam Ops Sayang pada jam 10.30 malam itu, seramai tiga pegawai dan 13 anggotanya turut serta dalam serbuan itu.

“Hasilnya, kita berjaya menahan tujuh lagi wanita di dalam bilik rehat dipercayai sedang menunggu pelanggan. Manakala kondom yang telah digunakan turut ditemui di dalam bilik di situ.

“Kesemua yang ditahan disyaki bekerja sebagai tukang urut dengan menawarkan khidmat seperti urutan badan ke badan (B2B),” katanya.

Mohd Izzat berkata, seorang penjaga kaunter warga tempatan turut ditahan kerana bersubahat melindungi warga asing yang tidak mempunyai pengenalan diri, manakala dua pelanggan di situ juga ditahan untuk diambil keterangan.

Sementara itu, dalam serbuan di ibu kota, imigresen turut menahan tiga wanita warga Vietnam yang sedang menunggu pelanggan dengan berpakaian menjolok mata.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter turut ditahan kerana melindungi warga asing ini,” katanya.

Beliau berkata, kesemua warga asing berusia lingkungan 20 ke 30 tahun akan ditempatkan di depoh tahanan Bukit Jalil dan direman selama 14 hari.

“Kita akan siasat mereka di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen terhadap penjaga premis berkenaan,” katanya.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger