Home » » Bapa maut selepas selamatkan dua anak

Bapa maut selepas selamatkan dua anak

Written By kubigomofm on Tuesday, 19 November 2013 | 23:45


KUANTAN, 19 Nov ~ Hasrat seorang bapa untuk menyelamatkan dua anaknya yang tergelincir ke Sungai Ah Tong, Panching, hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia sendiri terkorban dalam insiden itu.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, Ahmad Ramzi Hassan, 40, dari Taman Tas lemas ketika cuba menyelamatkan dua anak perempuannya, Eva Syakila, 11, dan Eka Syakira, 7. Adik mangsa, Ahmad Borhan Hassan, 35, yang berada di tempat kejadian berkata mereka ke sungai itu sejak pagi kerana abangnya perlu menyelesaikan kerja di situ manakala kedua-dua anak mangsa yang mengikut mereka bermain dikawasan cetek.

"Saya berada di atas bukit, abang telefon beritahu ada banyak ikan dan minta saya bawa joran ke bawah, tiba-tiba saya terdengar jeritan kedua-dua anak saudara saya yang sudah berada di dalam sungai dan hampir lemas.

"Saya dan abang berenang untuk menyelamatkan mereka, saya berjaya membawa mereka berdua ke darat dan sempat memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada Eka Syakira," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan,matkan dua anakdi sini.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger