Home » » SPRM pantau penjualan tiket

SPRM pantau penjualan tiket

Written By kelantan post on Wednesday, 30 October 2013 | 14:16

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, giat memantau proses penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Pengarah SPRM negeri, Mohamad Soib Abdullah berkata, pihaknya serius membendung kegiatan ulat tiket dan penjualan secara haram terutamanya di kawasan stadium.

“Kami akan memantau di lokasi panas yang dikenal pasti menjadi tempat ulat tiket berkumpul di sekitar kawasan stadium terutama berhampiran kaunter jualan.

"Sebagaimana kita ketahui, tiket yang dijual terhad lima keping seorang dan saya berharap tiada penyalahgunaan penjualan berlaku kali ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Soib berkata, langkah tersebut bagi memastikan gejala ulat tiket dapat dikekang dan penyokong boleh membeli tiket mengikut prosedur penjualan biasa.

Menurutnya, pemantauan SPRM akan bermula seawal kaunter tiket dibuka sehingga tiket habis dijual.

Beliau turut menasihati penyokong agar lebih berdisiplin bagi mengelak kekecohan atau huru-hara sepanjang proses penjualan.
--Sharian

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger