Home » » Pemuda dipercayai dibunuh kerana cicak tokek

Pemuda dipercayai dibunuh kerana cicak tokek

Written By kelantan post on Wednesday, 11 September 2013 | 06:27


SHAH ALAM - Pemuda yang ditemui mati di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di sebuah lombong di Jalan Rantau Panjang Bestari Jaya pada 30 Ogos lepas disyaki dibunuh kerana seekor cicak tokek yang dianggarkan bernilai RM1 juta di pasaran gelap.

 Berikutan itu, polis menahan secara berperingkat 16 lelaki di sekitar Selangor dan hilir Perak dari 1 September sehingga hari ini dan pemilik cicak tokek iaitu seorang wanita berumur 60 tahun di Kuala Selangor hari ini berhubung kes pembunuhan Syairul Helmi Azhar, 24.
 
Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dalam sidang media di sini hari ini berkata, suspek itu dipercayai diupah wanita berkenaan untuk mengesan Syairul yang dikatakan menghilangkan diri selepas diamanahkan untuk menjaga dan mencari pembeli berpotensi cicak tokek itu.
 
Suspek dikatakan berjaya mengesan Syairul lalu berlaku pergaduhan sebelum seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa daripada senjata buatan sendiri yang mengenai rusuk kanan simati.
 
Mohd Shukri berkata polis turut merampas pelbagai barangan termasuk satu batang paip besi menyerupai selaras senjata buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa, sebuah beg hitam, kain putih, enam peluru hidup, tiga kelongsong peluru, sembilan telefon bimbit pelbagai jenis, pemutar skru dan playar.
 
"Kita belum menemui cicak tokek yang dikatakan itu," katanya

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger