Home » » Kelantan rebah ditangan Negeri Sembilan

Kelantan rebah ditangan Negeri Sembilan

Written By kelantan post on Sunday, 1 September 2013 | 14:19


HASRAT juara bertahan Kelantan untuk mencari kemenangan berharga di tempat sendiri tidak kesampaian apabila pasukan itu dikejutkan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-3 dalam perlawanan keempat Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Kegagalan tersebut menyebabkan misi Kelantan untuk mencari slot ke suku akhir sedikit berliku setelah pasukan bimbingan Bojan Hodak itu kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan C.

Manakala kemenangan kedua yang diraih Negeri Sembilan membolehkan mereka merampas kedudukan teratas kumpulan dari Pahang menerusi kutipan tujuh mata berbanding Kelantan, lima mata dengan saingan kumpulan berbaki dua perlawanan.

Dua gol skuad 'The Red Warriors' pada perlawanan itu dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-37 dan Ahmad Fakri Saarani (m-48) manakala tiga gol pelawat terhasil menerusi jaringan S.Sivanesan (m-12) dan Fabio Leandro Barbosa (m-57 dan m-77).

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger