Home » » Empat lelaki terbabit perhimpunan haram bantah kenaikan harga petrol ditahan

Empat lelaki terbabit perhimpunan haram bantah kenaikan harga petrol ditahan

Written By kelantan post on Sunday, 8 September 2013 | 19:51


Polis menahan empat lelaki kerana terbabit mengadakan perhimpunan haram bagi membantah kenaikan harga petrol dan diesel yang diadakan berhampiran sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, keempat-empat lelaki itu berumur antara 22 hingga 36 tahun ditahan di tempat kejadian kira-kira 3.20 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keempat-empat mereka akan dibebaskan atas jaminan polis setelah keterangan diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata polis turut merampas risalah berkaitan perhimpunan itu.

Beliau berkata, terdapat kira-kira 20 orang telah berhimpun pada masa itu namun keempat-empat mereka enggan bersurai dan meneruskan perhimpunan sebelum polis menahan mereka.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger