Home » » Surendran mohon maaf selepas sepak Daud Su

Surendran mohon maaf selepas sepak Daud Su

Written By kelantan post on Friday, 23 August 2013 | 12:59


This is Pantai Timur la sangat hahaha!! Silap sikit sepak pastu mintak maaf huhu. Tapi baik mintak maaf la sikit dari langsung tak mintak maaf.

Pemain tengah Pahang R Surendran, mohon maaf kerana menyepak pemain Kelantan Mohd Daudsu Jamaluddin ketika pertembungan kedua pasukan di Stadium Darul Makmur, Selasa lalu,

Dalam perlawanan tersebut, kegagalan mengawal emosi menyebabkan Surendran men Daud Su sebelum diarah keluar padang, pada minit ke-80.

“Saya benar-benar minta maaf kepada pengurusan, jurulatih, rakan sepasukan serta penyokong Tok Gajah kerana tindakan yang tidak disengajakan itu.
“Saya kesal dan rasa bersalah kepada semua pihak kerana ia kesilapan besar yang pernah dilakukan sejak bergelar pemain profesional.
Saya berjanji kesalahan ini adalah yang pertama dan terakhir,” katanya yang langsung sangka yang dia akan bertindak sedemikian ketika pasukan bergelut mendapatkan gol penyamaan.

Tindakan itu turut mengejutkan pengendalinya Dollah Salleh yang mahu Surendran mengambil iktibar dan tidak ulanginya pada masa akan datang.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger