Home » » 'Surau Tokong' Dirobohkan

'Surau Tokong' Dirobohkan

Written By kelantan post on Thursday, 29 August 2013 | 11:22


Surau di sebuah resort di Sedili Besar yang digunakan sekumpulan penganut agama Buddha untuk ritual pada 10 Ogos lalu hingga mencetuskan kemarahan umat Islam, akhirnya dirobohkan oleh pengurusan resort berkenaan hari ini.
 
Menurut salah seorang pekerja resort berkenaan Mohd Kanang Abdullah, 29, dia diarahkan oleh pemilik resort tersebut supaya melakukan kerja-kerja meroboh surau berkenaan.
 
"Kerja-kerja meroboh dimulakan pada pukul 9 pagi tadi dengan menggunakan sebuah jentolak. Kerja ini kita akan sambung esok," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT), Hasrin Kamal Hashim berkata, arahan mengeluarkan notis merobohkan surau milik sebuah resort di Kuala Sedili Besar sejak 20 Ogos lalu kerana kesalahan mendirikan bangunan tanpa kebenaran.

 Katanya, pihak MDKT telah menyerahkan notis pada 20 Ogos lalu dan memberi tempoh kepada pengurusan resort untuk lakukan kerja-kerja perobohan dalam tempoh 21 hari.

“Keputusan diambil setelah mendapati pembinaan surau berkenaan tidak mendapat sijil menduduki (CF), jika mereka tidak beri kerjasama kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk ambil tindakan," katanya.

Sebelum ini, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyifatkan tindakan sekumpulan penganut Buddha menggunakan surau sebagai tempat melakukan ibadah agama mereka sebagai menghina Islam.

Penasihat MAIJ, Datuk Noh Gadut berkata, tindakan tegas sewajarnya diambil terhadap kumpulan tersebut dengan menguatkuasakan undang-undang bagi menghalang kumpulan sedemikian memasuki negara ini.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger