Home » » Remaja ditahan krn kes bunuh dah tetak pesara

Remaja ditahan krn kes bunuh dah tetak pesara

Written By kelantan post on Tuesday, 27 August 2013 | 14:19


walaupun masih seorang remaja yang baru berusia 19 tahun, dia telah menjadik buruan polis dan akhirnya berjaya ditangkap dan menjadi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes tembak dan tetak hingga mati seorang pesara tentera di sebuah warung di Kampung Kemasin, Bachok, 15 Februari lalu.

Ketika itu mangsa Sauti Muda 57 tahun dengan bersarapan dengan isterinya dan tetiba datang 2 buah motosikal lalu melepaskan beberapa das tembakan. Sauti sempat melompat masuk ke bahagian dapur untuk bersembunyi tetapi penyerangnya turut masuk ke dapur dan terus menetaknya beberapa kali.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, remaja 19 tahun ini dan dua lagi rakannya yang berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan pada Op Cantas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, jam 5.45 pagi semalam.

Katanya, suspek berusia 19 tahun itu adalah suspek kedua diburu polis berhubung kejadian bunuh di kampong berkenaan.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger