Home » » Masaalah air paip tak keluar di asrama SMK Mulong menyusahkan pelajar

Masaalah air paip tak keluar di asrama SMK Mulong menyusahkan pelajar

Written By kelantan post on Friday, 23 August 2013 | 17:58


Air adalah keperluan yang amat penting dalam kehidupan. Sekarang orang tak perlu kesungai dah utk mandi dan bersuci. Walaupun pada 31hb  Ogos nanti kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 56, tetapi masih kedengaran isu air ini diluahkan . lebih2 lagi melibatkan asrama sekolah.

 "Masaalah air di asrama sekolah Mulong tak chekak selesai, ianya sangat menggangu pelajar2 yg kebanyakannya bakal menghadapi peperiksaan tahun ni, begitu juga ibubapa yg terpaksa pergi mengambil dan menghantar anak2 utk mandi dan mencuci pakaian. Kenapa begitu ketara sekali pengurusan air negeri kelantan nihh..Apakah nak tunggu rakyat keluar berdemo baru nak ambil tindakan..??

Itu adalah luahan hati salah seorang bapa kepada pelajar yang tinggal diasrama sekolah tersebut. Diharapkan kepada pihak yg bertanggungjawab supaya dapat menyesaikan masalah air ini dengan kadar yang segera.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger