Home » » malam ini TRW Melawan N9, Nazrin Nawi dijangka menjadi tumpuan

malam ini TRW Melawan N9, Nazrin Nawi dijangka menjadi tumpuan

Written By kelantan post on Tuesday, 27 August 2013 | 11:55


TRW membuka tirai Piala Malaysia dengan mendapat 1 apabila hanya mampu seri dengan Pahang. Diikuti dengan menang melawan Terengganu pada perlawanan ke 2, adakah TRW mampu mencuri 3 mata lagi dengan N9 diStadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini? Dengan jentera serangan yang masih lagi kelihatan tumpul, TRW seharusnya mencari strategi supaya jentera serangan kembali berbisa seperti dizaman Mat Yo dan Ghaddar bergandingan.

Dan mengikut pandangan penulis di laman fb TRWFC, "Nazrin Nawi dijangka bakal menjadi tumpuan pada pertemuan malam ini memandangkan anak jati Kelantan ini dikaitkan dengan TRW 2014. Mewakili Negeri Sembilan pada musim ini, anak muda yang beraksi di posisi sayap kiri ini boleh menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan Kelantan jika tidak diberi perhatian."

Apa-apa pun, yang pasti dengan kemampuan yang ada dan dibarisi oleh pemain2 yg mempunyai semangat juang yang tinggi, The Red Warriors pasti akan membuktikan yang mereka adalah pasukan yang terbaik bola sepak negara. Jadi jangan lupa temujanji kita malam ini 27hb Ogos 8.45 malam. Gomo Kelate Gomo.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger