Home » » Kerana labelkan Serawak FA cap "ayam" deejay ERA diarahkan meminta maaf

Kerana labelkan Serawak FA cap "ayam" deejay ERA diarahkan meminta maaf

Written By kelantan post on Saturday, 24 August 2013 | 23:31


Difahamkan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah sudah pun memanggil  Johan, Ray dan Hanif semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini. Mereka juga diarahkan memohon maaf kepada semua peminat dan rakyat Serawak diatas keterlanjuran mereka.

Penyataan minta maaf itu akan disiarkan minggu depan diatas desakan peminat2 bolasepak dan pemimpin politik Serawak yang begitu marah dan geram diatas kenyataan yang tidak beretika dan melampau itu.

Kenyataan melampau itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan akuanmemberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.

Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger