Home » » Gopal sila berhenti dan jangan berbelit berbelit lagi ok!!

Gopal sila berhenti dan jangan berbelit berbelit lagi ok!!

Written By kelantan post on Thursday, 29 August 2013 | 11:48


Jurulatih pasukan Harimau Muda, Datuk  கி.ராஜகோபால் hendaklah membuat pengakuan secara rasmi jika sekiranya Malaysia gagal untuk melayakkan diri di kelayakan Piala Asia 2015 supaya meletakkan jawatan sebagai jurulatih kebangsaan bolasepak Malaysia.

Kita tidak mahu lagi membuang begitu banyak masa dengan pasukan negara ini masih di takuk yang lama di mana kita sudah merasa mual apabila setiap kali bertanding di semua kelayakan di peringkat antarabangsa ianya tidak menjadi serta didapati hambar dan memalukan negara.

Sudah berpuluhan tahun peminat bola sepak negara bersabar dan bersabar menantikan kelahiran pasukan yang benar-benar boleh membawa pasukan bola sepak negara ke satu tahap yang mampu melayakkan diri di dalam salah satu kejohanannya bertaraf dunia seperti Olimpik, Piala Dunia, Piala Asia dan sebagainya tetapi semuanya gagal dan malahan tidak mampu menyaingi pasukan yang dianggap lemah suatu masa dahulu.

Justeru itu diharap sangatlah agar Datuk  கி.ராஜகோபால் mengundurkan diri dan diharapkan juga semua pucuk pimpinan di dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan jawatan mereka jika kita gagal lagi terutama sekali di dalam kelayakan menentukan nasib kita di kelayakan Piala Asia itu nanti.

Berikan mandat itu kepada mereka yang lebih layak dan berpotensi yang mampu membawa perubahan didalam pasukan bola sepak negara. Berilah laluan demi untuk maruah dan bersikap semangat kesukananlah sedikit bagi menjaga nama baik negara di dalam menaikkan balik imej sukan bola sepak ini di mata dunia.

Apa salahnya jika mereka yang berkenaan yang meletakkan jawatan itu menjadi sebagai Penaung atau sebagai Penasihat FAM supaya kita sama-sama berganding bahu untuk menentukan ke arah kegemilangan bola sepak negara.

Kita tidak mahu lagi mendengar berbagai alasan dan masih mempertahankan keunggulan kononnya sedangkan hakikat sebenarnya pasukan bola sepak negara telah pun turun setapak demi setapak di dalam kedudukan 'ranking' dunia.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger