Home » » Ditangkap khalwat di rumah teman lelaki

Ditangkap khalwat di rumah teman lelaki

Written By kelantan post on Tuesday, 20 August 2013 | 09:48


Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditangkap penduduk kampung dipercayai sedang berdua-duaan di rumah teman lelakinya berusia 18 tahun di Kampung Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.


Menurut seorang saksi, yang juga penduduk kampung berkenaan, remaja perempuan itu selalu datang ke rumah lelaki terbabit namun, kali ini mereka ditahan penduduk kampung apabila ibu lelaki terbabit tiada di rumah.

“Saya bersama tiga penduduk kampung, termasuk seorang anggota Rela pergi ke rumah itu kira-kira jam 11 pagi tadi (semalam) setelah melihat remaja perempuan berkenaan datang ke rumah teman lelakinya sejak jam 9 pagi.

“Bila kami ketuk, pintu hanya dibuka selepas beberapa minit dan apabila kami masuk ke rumah, mereka berada dalam keadaan mencurigakan di bilik lelaki tu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Remaja perempuan itu yang masih bersekolah berkata, dia ke rumah teman lelakinya untuk meminjam komputer riba.

“Saya tak ke sekolah hari ini sebab nak ambil komputer riba daripada teman lelaki saya. Kami tak buat apa-apa pun cuma tengok kartun Naruto,” katanya.

Pasangan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perlis (Jaip) untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaip, Mohd Al-Hafiz Abdul Aziz berkata, pihaknya datang ke rumah terbabit kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, setelah dimaklumkan imam masjid kampung berkenaan.

Katanya, remaja perempuan itu dikatakan selalu datang ke rumah itu untuk menolong ibu teman lelakinya membuat kuih namun semalam ibunya tiada di rumah.

“Kita dah soal siasat pasangan ini dan mereka mengaku berada di rumah menonton televisyen, bagaimanapun kami terpaksa menahan mereka untuk disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana berkhalwat,” katanya

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger