Home » , » Bobo ~ cerdik atau bahalol? (video)

Bobo ~ cerdik atau bahalol? (video)

Written By kelantan post on Monday, 26 August 2013 | 14:29


Itu persoalan yang banyak akan menimbulkan jawapan pro dan kontra. Saya malas nak jawab cuma nak suruh korang baca apa yang saya tuliskan dibawah.

Nak menjadik org terkenal dan dikenali ramai memang susah. Tapi kalo kena dengan caranya memang amat mudah.

Masih ingat tak semasa zaman persekolahan dulu? Cikgu akan lebih mengenali dua jenis murid jer. Jenis yang pertama ialah murid yang mempunyai berbagai kelebihan sebagai contohnya pandai dalam pelajaran atau mempunyai bakat yang tertentu seperti bidang pidato, nyanyian dan olahraga.

Manakala jenis kedua ini, mereka tidak mempunyai apa2 kelebihan yang boleh dibanggakan tetapi mereka juga mudah dikenali ramai. Mereka terdiri dari murid2 yg sangat keras kepala, bengong serta suka melakukan apa yang mereka suka. Apa yang dilarang, itu la yang mereka suka buat.

Kalo korang dah ingat, maksudnya korang tau la caranya utk mudah dikenali.  Yang berbeza cuma caranya macamana nak korang  buat  supaya mudah dikenali dan kepada siapa yg hendak korang targetkan utk mengenali korang???

Berbalik kepada cerita si Boboi ni. Dia mula dikenali ramai selepas merakam kan video parodi lagu bertajuk "sayang" yg dipopularkan oleh penyanyi Shae. Video beliau itu telah dikongsi oleh beribu2 pengguna facebook ketika itu. Bermacam kutukan serta cacian yg telah beliau terima akibat pengahasilan video tersebut.

Last2 aksi beliau telah menjadik sebutan ramai hinggakan pelawak Johan pun turut sama meniru aksi parodi yg telah dibuat oleh dia. Selepas itu nama boboi sudah tak asing lagi dan dia sering mendapat jemputan dari pihak radio dan tv.

Dan kini siapa yang tak kenal Boboi? Jadi soalannya ialah  Boboi ~ cerdik atau bahalol?



Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK News - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger